Translate

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Selamat beribadah puasa. Mohon maaf lahir dan bathin.

Selasa, 19 April 2011

Kebaikan Vitamin C

VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.


Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.


Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :

*Memperbaiki kesihatan kulit muka.
*Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
*Batuk, demam selsema, jangkitan.
*Warga tua.
*Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
*Wanita yang mengambil pil perancang.
*Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
*Pesakit kencing manis. 


Sumber

0 komentar: